Kejohanan Badminton Kelab Wisma Darul Iman 2016

Ditulis pada . di dalam Berita

Kejohanan Badminton Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) bagi tahun 2016 telah diadakan pada 16 April 2016 bertempat di Dewan Datul Sulong (DS Sport) Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Kejohanan ini merupakan acara tahunan bagi kakitang-kakitangan Wisma Darul Iman dan Kelab Lebah tidak terkecuali dalam menyertai kejohanan ini. Dalam kejohanan ini Kelab Lebah telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Kelab Helang, Rajawali dan Virus serta Urus. Kelab Lebah telah menjadi Naib Johan bagi Kumpulan B dan Johan kumpulan adalah Kelab Helang seterusnya melayakkan Kelab Lebah untuk mara ke peringkat separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir Kelab Lebah telah bertemu dengan Kelab Permata dan nasib tidak menyebelahi Kelab Lebah apabila tewas pada peringkat separuh akhir. Johan bagi kejohanan ini adalah Kelab Permata dan Kelab Lebah telah mendapat tempat ke-3. Walaupun tewas, sekalung tahniah diucapkan kepada peserta di atas komitmen, kesungguhan dan kerjasama yang diberikan.

 

TREASURE HUNT BEAUTIFUL TERENGGANU ANJURAN KWDI

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 08-09 April 2016 telah diadakan Treassure Hunt Beautiful Terengganu anjuran Kelab Wisma Darul Iman (KWDI). Peserta-peserta telah berlepas pada 08 April 2016 (Jumaat) jam 8.30 pagi di Dataran Batu Buruk dan pelepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Pengurusan, Tuan Haji Samiun Bin Salleh. Pernyertaan sebanyak 38 buah kenderaan melibatkan seramai 183 orang ahli Kelab Wisma Darul Iman dan anggota keluarga yang terlibat dalam aktiviti ini. Destinasi konvoi ini adalah Kuala Lumpur, dalam mempromosikan Beautiful Terengganu (TMT 2017). Kelab Lebah (UPEN) dan Kelab Virus (UPMN) telah diberi kepercayaan untuk menjadi urusetia penganjuran bagi aktiviti ini. 
 
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Osman Bin Muda, Setiausaha Kerajaan Terengganu, yang juga merupakan Pengerusi Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) pada 09 April 2016 bertempat di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur. Johan Treassure Hunt Beautiful Terengganu telah dimenangi oleh Kelab Virus yang diwakili oleh Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN). Sekalung tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah berjaya menamatkan Treasure Hunt Beatiful Terengganu setelah menempuh perjalanan 435 kilometer dari Terengganu ke Kuala Lumpur sekaligus mempromosikan negeri Terengganu bagi TMT 2017. 

Lawatan Kerja Promosi Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Pelancongan

Ditulis pada . di dalam Berita

Unit Perancang Ekonomi Negeri telah dijemput untuk mengikuti Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Bahagian Tourism Malaysia ke Pulau Perhentian pada 05 - 07 April 2016. Lawatan kerja ini bertujuan bagi mempromosikan Pulau Perhentian sebagai destinasi Eko Pelancongan. Tuan Haji Tun Ahmad Faisal Bin tun Abd Razak selaku Timbalan pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri turut serta dalam lawatan kerja tersebut. Sesi taklimat kepada pengusaha-pengusaha resort dan agensi pelancongan telah disampaikan oleh Seketeriat Beautiful Terengganu mengenai Visit Terengganu 2017.

Antara tempat-tempat yang dilawati adalah :-

  • Resort sekitar Perhentian Besar dan Perhentian Kecil
  • Dive Centre sekitar Perhentian Besar
  • Lawatan ke Kampung/Jeti/Kemudahan Awam
  • Kawatan ke projek KPK - Walkaway Ke Long Beach (TBC).