Sesi Pembentangan Hasil Model Dan Unjuran Biojisim Atas Tanah (Above Ground Biomass, Agb) Di Negeri Terengganu

Ditulis pada . di dalam Berita

Sesi Pembentangan Hasil Model Dan Unjuran Biojisim Atas Tanah (Above Ground Biomass, Agb) Di Negeri Terengganu telah diadakan pada 11 Ogos 2022 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu dengan kerjasama Nature Based Solusions Sdn Bhd telah mengadakan sesi pembentangan ini bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada agensi-agensi berkepentingan tentang hasil dan model unjuran Biojisim Atas Tanah (Above Ground Biomass, Agb) Di Negeri Terengganu .

Sesi ini juga turut membincangkan kaedah bagaimana model ini dapat digunakan bagi menetapkan polisi perhutanan, pelan penggunaan guna tanah, langkah-langkah mitigasi perubahan iklim dan pemuliharaan kepelbagaian biodiversiti di Negeri Terengganu.

Program yang julung kalinya diadakan ini turut disertai oleh agensi-agensi utama negeri ini seperti Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Jabatan Perhutanan Negeri, Majlis Penurusan Taman Negeri Terengganu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, , Ketengah dan lain-lain agensi berkepentingan bagi menjayakan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.