Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Kebajukan Kelab Lebah - Unit Perancang Ekonomi Negeri

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 26 Mac 2019 (Selasa) telah diadakan Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Kelab Lebah - Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohamed Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu selaku Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan Kelab Lebah. Di dalam ucapannya beliau mengucapkan rasa syukur kerana dapat hadir dan merasmikan mesyuarat agung Kelab Lebah pada kali ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Kelab Lebah yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat agung ini.

Pada mesyuarat agung kali ini, terdapat beberapa pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Kelab Lebah yang baru bagi sesi 2019/2020. Bagi memantapkan lagi proses perlantikan ahli jawatankuasa Kelab Lebah satu sesi pengundian telah diadakan bagi memastikan pemilihan ahli jawatankuasa yang baru dijalankan secara telus dan berhemah.