Majlis Hi-Tea "Jasamu Dikenang"

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 25 Mac 2019 (Isnin), telah berlangsungnya Majlis Hi-Tea ' Jasamu Dikenang' mantan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu yang telah diadakan di Primula Hotel, Kuala Terengganu.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohamed, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu. Seramai dua orang dirai dalam majlis tersebut iaitu mantah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri iaitu Tuan Haji Rosman Bin Roslan dan pemandu Encik Mohd asrul Nizam Bin Husin. Kedua-duanya telah bertukat ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu pada 1 Mac 2019. Manakala Encik Mohd Asrul Nizam Bin Husin pula telah mula bertugas di UPEN pada 1 Ogos 2016 sehingga 28 Februari 2019.

Pada majlis ini telah diadakan majlis penyerahan hadiah kepada kedua-dua yang dirai bagi memperingati jasa dan sumbangan mereka kepada jabatan sepanjang perkhidmatan beliau di Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu. Semoga kedua-duanya terus maju jaya pada masa hadapan.