PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR dan AGRO PELANCONGAN (MAHA) 2018

Ditulis pada . di dalam Berita

Pada 22 November hingga 2 Disember yang lalu telah berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. Pavillion Terengganu yang diperbuat daripada kayu cengal menyajikan lebih 12 aktiviti menarik sepanjang pameran tersebut. Tampil dengam pelbagai keunikan dan aktiviti menarik telah menjadikan Pavillion Terengganu memenangi tempat kedua terbaik.

Antara aktiviti yang diadakan adalah dapat melihat secara dekat penyu Albino, demontrasi keropok lekor dan pelbagai makanan tradisional Terengganu, selain dapat merasai nasi dagang Terengganu serta pertunjukan mencanting batik dan sutera.

Terengganu merekodkan lebih 38,780 pengunjung dengan catatan jualan kira-kira RM148,000 sepanjang pameran berlangsung.