PENYERAHAN JAMBATAN PULAU SEKATI

Ditulis pada . di dalam Berita

KUALA TERENGGANU - Fasa pertama Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan bandar raya ini dengan Kuala Nerus mula dibuka kepada pengguna semalam. Laluan sepanjang tiga kilometer itu menghubungkan Pulau Sekati yang berada di tengah-tengah Sungai Terengganu ke Losong dan Paloh di sini.

Projek ini dibina sebagai alternatif kepada rakyat yang bakal mengurangkan kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah. Ia juga merupakan satu lagi laluan alternatif untuk orang ramai ke pusat bandar dengan perjalanan yang lebih cepat dan selesa.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan itu dibina dengan kos bernilai kira-kira RM245 juta dengan jarak 6.3 kilometer di atas Sungai Terengganu.

Menurut beliau, pada  19 Jun ini laluan fasa kedua pula akan dibuka. Laluan sepanjang 3 km ke Banggol Tuan Muda dan Jeram Tok Kong, Manir itu akan mula dibuka bagi membolehkan orang ramai menggunakan laluan tersebut sewaktu musim perayaan nanti.